Kejayaan dicipta oleh insan biasa yang berusaha secara luar biasa

Thursday 7 November 2013

KEM MEMBACA 1 MALAYSIA 2013 PERINGKAT SK BALABAN JAYA




LAPORAN AKTIVITI SEMPENA KEM MEMBACA 1 MALAYSIA 2013


A)        Majlis Pelancaran Kem Membaca 1 Malaysia

·         Kem Membaca 1 Malaysia dilancarkan serentak di seluruh Negara pada 28 Oktober 2013 pada pukul 9.00 pagi. Semua guru dan murid-murid SK Balaban Jaya terlibat dalam majlis tersebut. Majlis dimulakan dengan aktiviti membaca secara senyap selama 2013 saat atau 33 minit 55 saat. Pelancaran bacaan senyap tersebut telah dimulakan oleh Guru Besar SK Balaban Jaya Beluran iaitu Pn. Saloma Hj, Ismail.






B )       Bercerita Spontan

·         Bercerita spontan ini dijalankan selepas pelancaran KM1M.
    Murid-murid dipilih secara rawak untuk menceritakan kisah cerita yang telah dibaca oleh murid semasa pelancaran KM1M bersama buku selama 2013 saat tersebut.



       C)   Puzzle (Prasekolah & Tahap 1)

·         Pada hari tersebut juga SK Balaban Jaya telah mengadakan aktiviti memasang puzzle.        Aktiviti ini telah disertai oleh murid-murid Prasekolah dan juga murid-murid Tahap 1 (Tahun 1, 2 & 3) secara berkumpulan.


      D)  Jejak Maklumat (Tahap 2)

·        Aktiviti Jejak Maklumat turut diselitkan sebagai pengisian dalam hari tersebut. Aktiviti ini      disertai oleh murid-murid daripada Tahap 2 (Tahun 4,5 & 6).
    Dalam aktiviti ini, murid-murid dibahagikan dalam kumpulan dan dikehendaki menamakan setiap negeri yang terdapat di dalam peta Malaysia.









No comments:

Post a Comment